Please install Yoast, RankMath, or SEOPress to use breadcrumbs.

5 Kebaikan Habbatus Sauda

Ketahui manfaat habbatus sauda dalam meningkatkan imun badan, menstabilkan gula darah dan menjaga kesihatan jantung secara semula jadi.

Biji habbatus sauda hitam mengandungi thymoquinone

Kredit ilustrasi

Habbatus sauda atau jintan hitam merupakan antara tumbuhan yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW kerana keistimewaannya. Sabda baginda SAW:

“Gunakanlah Habbatus Sauda, kerana padanya terdapat penawar bagi setiap penyakit kecuali maut.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dari situ jelas bahawa habbatus sauda bukan sekadar herba biasa, tetapi satu makanan sunnah yang membawa keberkatan dan manfaat besar kepada kesihatan manusia. Kini, bahan ini semakin mendapat perhatian dalam pelbagai produk kesihatan moden termasuk Susu Rizqi Mamadil, yang menggabungkan kebaikan tradisional dan gaya hidup masa kini. Oleh itu antara kebaikan habbatus sauda adalah :

1. Menguatkan Sistem Imun

Habbatus sauda kaya dengan bahan aktif seperti thymoquinone yang membantu memperkuat sistem pertahanan badan. Thymoquinone melatih tubuh melawan jangkitan seperti selesema dan batuk, serta membantu individu kekal bertenaga setiap hari.

Kajian juga menunjukkan bahawa habbatus sauda dapat mengoptimalkan sistem imun tubuh dengan meningkatkan pengeluaran sel darah putih, iaitu komponen utama dalam melawan jangkitan dan penyakit. Oleh itu, habbatus sauda sering dijadikan makanan tambahan semula jadi bagi meningkatkan daya tahan tubuh dan mengekalkan kesihatan secara menyeluruh. 

Thymoquinone – komponen yang terdapat dalam habbatus sauda

2. Anti-Radang Semula Jadi

Bahan seperti thymoquinone dan alpha-hederin dalam habbatus sauda berperanan mengurangkan keradangan dalaman. Ia sesuai untuk mereka yang mengalami sakit sendi, kulit sensitif atau masalah alergi ringan. Dalam pada itu ia juga membantu mengatasi masalah seperti penyakit radang usus.

3. Bersifat Antioksidan

Habbatus sauda kaya dengan antioksidan yang berfungsi melawan radikal bebas dalam tubuh. Radikal bebas ialah molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel, mempercepatkan proses penuaan, serta meningkatkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.

Pengambilan habbatus sauda secara konsisten membantu meningkatkan pertahanan tubuh terhadap pengoksidaan, sekali gus melindungi sel badan daripada kerosakan. Selain itu, sifat antioksidan ini turut membantu mengekalkan kulit yang sihat, melambatkan tanda-tanda penuaan, dan menyokong kesejahteraan tubuh secara menyeluruh.

4. Menyokong Penghadaman dan Gula Darah

Pengambilan habbatus sauda membantu mengawal paras gula dalam darah serta memperbaiki sistem penghadaman. Ia amat sesuai untuk individu yang mudah kembung, cirit-birit, atau ingin mengekalkan tenaga yang stabil sepanjang hari.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa habbatus sauda berpotensi menurunkan kadar gula dalam darah, menjadikannya pilihan yang baik bagi pesakit diabetes atau mereka yang ingin mencegah risiko penyakit tersebut. Kandungan thymoquinone dalam habbatus sauda juga dikatakan dapat meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan rintangan insulin, sekali gus membantu tubuh mengawal gula dengan lebih efektif.

kredit ilustrasi

5. Menjaga Kesihatan Jantung dan Minda

Habbatus sauda membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) serta meningkatkan kolesterol baik (HDL), sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan habbatus sauda secara konsisten dapat membantu mengekalkan kesihatan jantung dengan memperbaiki aliran darah dan melindungi salur darah daripada keradangan.

Selain itu, kandungan thymoquinone dalam habbatus sauda turut memberi manfaat kepada kesihatan mental. Ia didapati mampu mengurangkan simptom kebimbangan dan kemurungan, serta mempunyai kesan menenangkan yang membantu individu menghadapi tekanan harian dengan lebih tenang.

Secara tidak langsung, pengambilan habbatus sauda bukan sahaja menjaga jantung, tetapi turut menyokong fokus, keseimbangan emosi dan ketenangan minda.

Kesimpulan

Habbatus sauda ialah anugerah alam yang bukan sahaja berkhasiat tetapi juga membawa nilai keberkatan apabila diamalkan sebagai sebahagian daripada pemakanan sunnah. Penggabungan ekstraknya dalam Susu Rizqi Mamadil menjadikannya pilihan mudah untuk diamalkan setiap hari.

Dengan satu gelas setiap pagi, kita bukan sahaja menjaga kesihatan tubuh, tetapi juga menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan harian. Selain habbatus sauda, terdapat banyak lagi makanan sunnah yang membawa manfaat besar kepada kesihatan.
Boleh lakukan bacaan lanjut dalam artikel berikut: Makanan sunnah: khasiat dan keajaiban alam.  

Concern? Share your thought

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    © 2025 Mamadil Slim Beauty Sdn. Bhd. 201501023004 (1148333D). Hakcipta Terpelihara.