Pejam celik pejam celik, 2023 sudah melabuhkan tirainya. Macam mana pengalaman tahun 2023 semua?
Memasuki fasa tahun 2024, kita mesti mempunyai new goals atau new year resolution kan? Masing-masing mesti nak mengubah kualiti hidup ke arah yang lebih baik.
Tahun Baru bukan sekadar suatu “perayaan” untuk menyambut kehadiran tahun baru, tetapi juga merupakan suatu pintu gerbang kepada peluang baru dan perubahan positif dalam kehidupan kita. Satu aspek yang paling sering diberikan perhatian dalam merangka azam Tahun Baru adalah kesihatan dan kesejahteraan diri.
Seiring berjalannya waktu, kita semakin menyedari bahawa kesejahteraan hidup tidak hanya bergantung kepada kejayaan kerjaya atau harta benda, tetapi juga pada keadaan kesihatan dan kesejahteraan dalaman serta luaran kita.
Azam untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat melibatkan langkah-langkah praktikal seperti meningkatkan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat. Aktiviti tersebut boleh merangkumi berjalan kaki (brisk walk), berlari, atau menyertai kelas senaman.
Selain itu, aspek penting lain adalah dengan menjaga pemakanan yang seimbang dan mencukupi nutrisi. Ini termasuk pemilihan makanan yang kaya dengan vitamin, mineral, dan serat.
Sambil memberikan perhatian kepada pemakanan seimbang, anda juga boleh mempertimbangkan diet yang memberi tenaga tambahan untuk menyokong gaya hidup aktif dalam kehidupan seharian. Salah satu pilihan yang semakin mendapat perhatian adalah pengambilan susu kambing seperti Susu Rizqi. Susu kambing kaya dengan nutrisi penting seperti kalsium, protein, dan vitamin, yang boleh membantu dalam kekuatan tulang, pembekal tenaga, dan kesihatan secara keseluruhan.
Mewujudkan azam untuk mengamalkan kesedaran (mindfulness) dan mencari ketenangan terhadap persekitaran luaran dan perasaan rohani.
Salah satu cara adalah dengan praktis meditasi, di mana anda hanya perlu duduk dengan selesa, fokus pada pernafasan, dan biarkan diri berada dalam keadaan yang tenang tanpa gangguan. Ini membantu mengurangkan tekanan dan memberi masa untuk menenangkan fikiran.
Yoga juga boleh menjadi cara yang baik untuk mendapatkan ketenangan. Gerakan lembut dan penekanan pada pernafasan membantu menyelaraskan minda dan badan, yang dapat menimbulkan rasa ketenangan dan keseimbangan.
Selain itu, amalan refleksi diri boleh dilakukan dengan menulis jurnal atau diari harian. Mungkin bagi sesetengah orang, menulis jurnal atau diari ini merupakan suatu perkara yang kecil, tetapi ia sangat membantu untuk memahami diri sendiri dengan lebih baik dan mengenal pasti punca stres atau kegelisahan.
Pengurusan masa dengan bijak adalah langkah ke arah mencapai keseimbangan dalam kehidupan. Azam untuk menyusun jadual harian yang berfokus kepada aktiviti yang memberi kepuasan termasuk pekerjaan, keluarga, rekreasi, dan waktu rehat. Ini melibatkan penekanan kepada perancangan yang teliti, mengelakkan penggunaan masa yang tidak produktif, dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas yang dijalankan.
Kesejahteraan juga berkait rapat dengan hubungan sosial yang positif. Azam untuk meningkatkan hubungan sosial yang baik dengan orang sekeliling termasuk insan terdekat seperti keluarga, rakan-rakan, serta rakan sekerja.
Bukan itu sahaja, memberikan sokongan emosi juga merupakan elemen yang sangat penting. Sentiasa menyokong orang di sekeliling dalam keadaan gembira mahupun susah. Ini dapat memperkuatkan ikatan hubungan dan memberikan perasaan aman. Sekecil-kecil tindakan seperti senyuman, kata-kata semangat, atau mendengar masalah orang lain juga boleh membuat perubahan besar dalam kehidupan seseorang.
Azam untuk menjaga keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Ini termasuk mengehadkan kerja lewat malam, menguruskan tugas dengan berkesan, dan menyediakan masa “me time” untuk kegiatan yang menyeronokkan di luar konteks pekerjaan. Strategi ini membantu mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan.
You must be logged in to post a comment.