Fahami Punca Dan Cara Mengatasi Gastrik

Gastrik atau gastritis merupakan keradangan dan kecederaan pada lapisan dinding perut yang berpunca daripada beberapa faktor. Ia boleh terjadi secara tiba-tiba (gastritis akut) atau beransur-ansur (gastritis kronik) sepanjang masa dan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian tengah atau kiri perut. Gastrik akan menjadi lebih teruk jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera. Jom Tikah kongsikan punca dan cara untuk mengatasi masalah gastrik.

Punca Berlakunya Gastrik :

1. Bakteria Helicobacter Pylori

Kredit Ilustrasi

Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Helicobacter Pylori (H. Pylori). Bakteria ini terdapat dalam lapisan perut yang dapat memberikan infeksi dan menyebabkan keradangan kepada lapisan perut. Jangkitan bakteria H. Pylori ini dapat disebarkan melalui najis kepada mulut. Hal ini boleh berlaku apabila seseorang tidak mencuci tangan dengan teliti selepas menggunakan tandas. Bakteria ini juga boleh tersebar melalui sentuhan dengan air atau makanan yang telah tercemar. Penyebaran bakteria ini boleh menyebabkan masalah kepada perut apabila ia menembusi lapisan lendir perut dan menghasilkan bahan yang meneutralkan asid perut.

2. Stress Dan Tekanan Emosi Yang Berpanjangan

Kredit Ilustrasi

Stress yang berpanjangan juga boleh menyebabkan berlakunya gastrik. Hal ini terjadi apabila seseorang stress, otak akan menerima isyarat, dan hormon kortisol akan dirembes (dihasilkan dan dikeluarkan dari kelenjar tertentu) di dalam badan. Hormon kortisol akan merangsang sel-sel di perut untuk menghasilkan banyak jus gastrik (bersifat asid). Selain itu, apabila stress, ramai orang cenderung untuk mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanan mereka. Mereka mungkin makan dengan lebih cepat dan melewatkan waktu makan. Mereka juga akan mengalami masalah tidur dan kurang tidur. Semua faktor ini boleh memberi tekanan tambahan pada perut, menyebabkan gangguan pencernaan dan meningkatkan risiko gastrik.

3. Makanan Dan Minuman Yang Terlalu Pedas Dan Berasid

Kredit Ilustrasi

Makanan yang mengandungi bahan pedas seperti cili, cili padi, lada hitam, atau rempah-rempah tajam boleh merangsang pengeluaran asid di dalam perut. Asid yang berlebihan ini boleh mengiritasi lapisan perut dan menyebabkan keradangan (gastritis). Makanan berasid seperti jeruk, buah sitrus (seperti oren, lemon, limau) cuka, dan minuman berkarbonat boleh meningkatkan asid dalam perut.

Cara Mengatasi Gastrik :

Gastrik atau gastritis boleh diatasi terutama jika ia dikesan dan dirawat dengan betul pada peringkat awal. Terdapat beberapa cara untuk mengatasi gastrik, bergantung kepada punca, tahap, dan jenis gastrik yang dialami.

1. Mendapatkan Rawatan

Kredit Ilustrasi

Jika gejala gastrik berlarutan atau semakin teruk, sangat penting untuk mendapatkan nasihat daripada doktor. Mereka mungkin akan melakukan ujian untuk mengetahui punca gastrik anda berpunca daripada jangkitan H. pylori atau masalah lain lalu memberikan rawatan yang lebih sesuai.

2. Menghindari Stress

Kredit Ilustrasi

Stres boleh meningkatkan pengeluaran asid perut dan memperburuk gastrik. Oleh itu, seseorang yang mengalami gastrik  haruslah mengamalkan teknik relaksasi seperti meditasi, pernafasan dalam, atau yoga untuk mengurangkan stress. Selain itu, perlulah mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk proses penyembuhan perut dan mengurangkan kesan stress pada tubuh.

3. Pemilihan Makanan Dan Minuman Yang Betul

Pemilihan makanan dan minuman yang betul dapat mengelakkan daripada terjadinya gastrik. Elakkan untuk mengambil makanan yang pedas, berasid atau berminyak yang boleh memberikan rangsangan kepada perut. Selain itu, ambil minuman yang diformulasikan khas dari susu kambing. Susu kambing boleh membantu meredakan gejala gastrik dengan cara menenangkan lapisan perut, mengurangkan pengeluaran asid, dan memberikan nutrisi yang menyokong penyembuhan. Walau bagaimanapun, penting untuk memahami bahawa susu kambing hanya salah satu pilihan dalam pengurusan gastrik.

Susu Rizqi merupakan minuman yang berasaskan susu kambing serta campuran makanan sunnah. Susu Rizqi  menyediakan sumber tenaga yang berpanjangan dan membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama. Oleh itu, ia merupakan minuman yang sesuai untuk golongan yang mengalami masalah gastrik. Boleh tekan di sini untuk mendapatkan Susu Rizqi dan memperoleh kebaikan dan manfaatnya bersama.

Concern? Share your thought

    Leave a Reply
    © 2024 Mamadil Slim & Beauty Sdn Bhd (1148333D). All Rights Reserved