Susu Rizqi Membantu Ibu Mengandung

Kredit Ilustrasi

Kehamilan adalah satu fasa yang paling penting dalam kehidupan seorang wanita kerana ia memerlukan perhatian khusus dari segi kesihatan fizikal dan emosi. Salah satu aspek paling utama yang perlu diberi keutamaan ialah pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Pemakanan yang baik bukan sahaja menyokong kesihatan ibu, malah memainkan peranan besar dalam perkembangan janin di dalam kandungan. Malangnya, ramai ibu hamil mengalami pelbagai cabaran kesihatan sepanjang kehamilan seperti hemoglobin (HB) rendah, kulit menjadi kusam, alahan dan muntah yang berlebihan (morning sickness), serta tekanan emosi atau stres yang mudah berlaku. Oleh itu, ibu-ibu memerlukan pemakanan atau susu yang mampu menghalang dan mengurangkan masalah yang dihadapi.

Susu Rizqi merupakan susu yang berasaskan susu kambing serta campuran makanan sunnah seperti ekstrak habbatus sauda, buah tin, delia, daun zaitaun, madu, kurma dan kismis. Susu ini sangat sesuai untuk ibu mengandung dan keperluan kesihatan seisi keluarga. Susu Rizqi boleh diambil dari awal usia kandungan lagi. Apa manfaat yang dapat diambil apabila mengamalkan Susu Rizqi untuk ibu mengandung ? Jom saya kongsikan.

1- Dapat mengurangkan Morning Sickness

Kredit Ilustrasi

Morning sickness merujuk kepada rasa mual dan muntah yang biasa dialami oleh wanita hamil, terutamanya pada trimester pertama kehamilan (3 bulan pertama). Susu Rizqi mengandungi bahan-bahan semulajadi yang telah terbukti memberi manfaat kepada ibu hamil, termasuk madu, yang diketahui dapat membantu mengurangkan rasa loya dan mencegah alahan semasa hamil.

Ibu mengandung juga boleh mengambil Susu Rizqi yang berperisa Vanilla, Coklat dan Strawberi kerana tiga perisa ini mudah diterima oleh deria. Ketika hamil, deria rasa dan bau menjadi lebih sensitif. Perisa manis dan lembut seperti vanila atau coklat meneutralkan rasa pelik susu dan membantu mengurangkan rasa loya.

2. Menstabilkan HB Ibu Mengandung

Hb (Hemoglobin) adalah protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ibu mengandung memerlukan oksigen yang banyak kerana janin dalam kandungannya juga memerlukan oksigen yang mencukupi. HB yang cukup, penting untuk pastikan oksigen mencukupi untuk ibu dan bayi. Kalau HB rendah, oksigen kurang dibawa ke sel-sel badan, dan ia boleh memberikan kesan buruk. Susu Rizqi mengandungi estrak buah tin yang bersifat antioksidan dan kaya dengan Vitamin C dan E. Selain itu, ia juga kaya dengan zat besi yang membantu dalam pembentukan sel darah merah dan pencegahan anemia.

3- Menghilangkan Sembelit

Kredit Ilustrasi

Sembelit memang sangat umum terjadi kepada ibu yang mengandung, lebih-lebih lagi pada trimester pertama dan ketiga. Penyebab sembelit kebiasaannya kerana tekanan daripada rahim yang semakin membesar, kurang pergerakan dan perubahan hormon. Susu Rizqi sangat membantu ibu mengandung untuk menghilangkan sembelit kerana ia mempunyai bahan yang berekstrakkan habbatus sauda, kurma, madu dan daun zaitun. Bahan-bahan ini sangat baik untuk membantu pencernaan, mencegah sembelit dan juga memberikan tambahan tenaga.

Kesimpulannya, Susu Rizqi merupakan pilihan yang terbaik sebagai sokongan tambahan untuk ibu mengandung, terutama untuk tenaga, kesihatan usus dan membantu menaikkan HB. Tapi ia perlu diambil bersama diet seimbang dan bukan sebagai pengganti makanan utama. Nak dapatkan Susu Rizqi boleh tekan di sini.

Concern? Share your thought

    Leave a Reply
    © 2024 Mamadil Slim & Beauty Sdn Bhd (1148333D). All Rights Reserved