7 Kebaikan Kacip Fatimah – Herba Ajaib Sahabat Wanita!

Kacip Fatimah, atau nama saintifiknya Labisia Pumila, adalah tumbuhan herba yang terkenal dalam kalangan wanita Melayu sejak turun-temurun.  Di Malaysia, Kacip Fatimah juga dikenali sebagai “Selusuh Fatimah” (secara literal ialah sebagai ubat bersalin Fatimah) dan “Kacip Fatimah” (gunting sirih Fatimah). Akar Kacip fatimah juga didapati mengandungi “benzoquinone” dan “resorcinol“. *Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Ia sering digunakan sebagai jamu tradisional, terutama selepas bersalin. Pada masa kini, terdapat banyak suplemen serta produk makanan dan kesihatan yang menggunakan Kacip Fatimah sebagai bahan utama, antaranya ialah Women Love dari Mamadil. Namun sebenarnya, khasiatnya lebih meluas daripada remaja hingga ke usia menopaus, herba ini sememangnya banyak membantu dalam menjaga kesihatan dalaman wanita.

Jom kita tengok satu per satu kelebihannya:

1. Menjaga Kesihatan Rahim

Selepas bersalin, rahim wanita akan mengambil masa untuk mengecut dan kembali pada bentuk asal. Kacip Fatimah dipercayai membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim dengan merangsang otot-otot rahim untuk bekerja dengan lebih efisien. Ia juga membantu membersihkan darah nifas dan mengelakkan masalah keputihan serta jangkitan dalaman. Oleh hal yang demikian, ramai ibu-ibu mengamalkan air rebusan kacip fatimah dalam tempoh berpantang.

2. Melancarkan Kitaran Haid

Ada masalah haid tak teratur? Senggugut teruk tiap kali datang bulan? Kacip Fatimah bantu menyeimbangkan hormon estrogen dan progesteron dalam badan. Bila hormon stabil, kitaran haid jadi lebih teratur dan rasa sakit pun boleh dikurangkan. Ia juga membantu memperbaiki aliran darah haid yang tersumbat atau tidak lancar.

3. Mengurangkan Gejala Menopaus

Apabila wanita mula memasuki fasa menopaus, badan akan mengalami perubahan hormon yang boleh menyebabkan simptom seperti panas badan secara tiba-tiba (hot flashes), sukar tidur, emosi tidak stabil, dan penat melampau. Kacip Fatimah membantu mengawal perubahan ini dan menjadikan peralihan hormon lebih lancar, agar wanita kekal tenang dan selesa.

4. Memberikan Tenaga dan Kecergasan

Tidak dinafikan, kerja rumah, urusan anak, belajar atau kerja boleh buat badan lesu! Kacip Fatimah bertindak sebagai tonik semula jadi yang menaikkan semula tenaga dalaman wanita, menjadikan tubuh rasa lebih bertenaga, cergas dan tidak mudah letih walaupun hari dipenuhi dengan aktiviti.  

5. Meningkatkan Keintiman Wanita

Salah satu kelebihan yang ramai wanita suka tentang herba ini ialah meningkatkan kesihatan dalaman secara menyeluruh, yang memberi kesan positif pada hubungan suami isteri. Bila hormon seimbang, badan bertenaga dan emosi pun stabil, secara tak langsung ia boleh membantu dalam aspek keintiman dan keyakinan diri.

6. Membantu Tingkatkan Kesuburan

Khas buat wanita yang sedang berusaha untuk hamil, kacip fatimah boleh menjadi pilihan semula jadi untuk meningkatkan kesuburan. Ia membantu menguatkan rahim dan seimbangkan hormon – dua faktor penting dalam proses perancangan kehamilan.Namun, adalah penting untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu sekiranya ingin menggunakannya sebagai sokongan dalam usaha untuk hamil (trying to conceive).

7. Bersifat Antioksidan & Melambatkan Penuaan

Kacip Fatimah kaya dengan antioksidan semula jadi seperti flavonoid dan saponin yang membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ini bermakna, kulit lebih sihat, lambat kedut, dan badan lebih kuat menentang penyakit. Ia juga membantu sistem imun dan menjadikan wanita rasa lebih muda luar dan dalam!

Concern? Share your thought

    Leave a Reply
    © 2024 Mamadil Slim & Beauty Sdn Bhd (1148333D). All Rights Reserved