Apa nak buat kalau muka breakout?

Bangun tidur, lepastu ” BAAM !!!!”

Ade jerawat baru tumbuh

Rasa stress betul kan? Rasa macam terus tak ada mood nak keluar dengan kawan-kawan….

Tapi…

Rasa-rasa, ada tak solution untuk breakout ni?

Of course lah ada!

Masalah “BREAKOUT ” ni sebenarnya boleh diatasi dengan mudah tau. Nak tahu? Jom baca tips dekat bawah!

1. Stop guna skincare yang menyebabkan breakout
Kalau korang guna skincare, lepas tu tiba-tiba breakout, terus stop! Sebenarnya, sebelum guna apa-apa skincare, kita kena patch test dulu.
Patch test ni sangat penting kalau kita baru nak try skincare yang baru. Kalau tak sesuai, dia tak breakout sangat dan senang nak control. Patch test ni pun penting untuk test sebarang alergi dekat kulit korang.

2. Jangan percaya ‘healing crisis’
Bila guna sesuatu skincare tu then muka naik jerawat dan penjual pun cakap itu adalah healing crisis, better korang check balik. Adakah produk tu mengandungi AHA (Glycolic Acid, Lactic Acid, Mandelic Acid), BHA (Salicylic Acid), Vitamin C (Ascorby Acid, Ascorbyl Glucoside, Magnesium Ascorbyl Phosphate) atau Retinoids? Kalau ada, kemungkinan purging sebab produk ni meningkatkan skin turnover rate.


Purging tu ialah suatu keadaan kulit kita di mana ada pertumbuhan jerawat dekat tempat yang selalu naik jerawat akibat guna produk yang mengandungi bahan yang dinyatakan tadi.

Kalau tiba-tiba je jerawat naik dekat tempat yang jarang tumbuh, maksudnya produk tu tak ada ingredients tersebut dan korang tak sesuai dengan produk skincare tu. Berhenti terus dan jangan percaya dengan istilah healing crisis yang tak wujud.

3. Jangan scrub kulit
Sesetengah orang, bila muka naik jerawat, lagi dia scrub kulit dengan harapan breakout boleh jadi kurang. Lebih baik korang elakkan pengunaan scrub sebab bila muka kena tonyoh, makin luka la kulit tu. Bila dah luka, bakteria lagi senang nak berjangkit dan kulit makin teruk. Berhenti buat sementara daripada semua penggunaan scrub okay?


4. Buat basic skincare routine
Buat basic skincare dulu sebelum tambah produk lain yang belum tentu sesuai dengan kulit. Paling penting, cari cleanser yang sesuai, make sure kulit cukup lembab dan pakai sunscreen setiap hari.

5. Pastikan guna produk yang sesuai
Kalau kulit berminyak, cari produk yang sesuai untuk kulit berminyak. Kalau jenis kulit kering, cari produk yang sesuai untuk kulit kering. So basically, pastikan korang guna produk yang sesuai dengan kulit masing-masing.


6. Elak guna produk yang ada bahan ini
Antaranya alkohol, fragrance, menthol, SLS, essential oils. Cari produk yang tak ada bahan-bahan ini kerana ia akan menjadikan keadaan kulit jadi lagi teruk. Semua ini bergantung pada kulit masing-masing sebenarnya. Ada yang okay dengan bahan-bahan tersebut dan ada yang tak!


7. Your skin barrier
Pasti kan kulit korang sentiasa dalam keadaan baik. Antara tanda skin barriers ni adalah kulit selalu breakout, terlalu tegang, kering, berminyak, pedih dan terlalu sensitif.


Cara nak pastikan skin barrier kita okay ialah dengan:

  1. Gunakan cleanser yang rendah pH
  2. Pasti kan kulit korang terhidrat dengan baik
  3. Cari bahan-bahan seperti fatty acids dan ceramides
  4. Guna sunscreen
  5. Elakkan asid (AHA/BHA/Vit C)
  6. Elakan bahan-bahan seperti alkohol, fragrance, menthol, etc)

8. Guna cleanser rendah pH
Kulit kita selalunya average pH4-6, jadi sebaiknya guna cleanser yang dalam range tu supaya skin barrier kita tak terganggu. Pastikan cleanser tu tak ada irritating ingredients, tak ada SLS, tak rasa kering, tegang, pedih, ketat dan kesat bila guna.


9. Pasti kan kulit anda terhidrat dengan baik
Apa beza hydrator dan moisutrizer? Untuk mudah faham, hydrator tarik air ke kulit, manakala moisturizer pula lock air supaya air tu tak hilang. Kalau rasa moisturizer terlalu thick dan berminyak, korang boleh cuba guna hydrating toner, essence, serum atau face mist.


10. Guna soothing ingredients
Soothing ingredients ni bagus kalau kulit korang ada merah-merah, sensitif atau pun sunburn. Antara bahan-bahan yang termasuk dalam kategori ini adalah seperti green tea, madu, snail, aloe vera, beta glucan, allantoin, adenosine dan centella asiatica (pegaga).

11. Jangan buat home remedies
Jangan pergi letak lemon, ubat gigi, bawang putih, kulit kayu manis dekat muka sebab nak jerawat cepat kecut. Selalu tengok orang share petua macam ni kan? Please don’t do this!


12. Jumpa pakar
Kalau kulit korang makin teruk, terus saja dapatkan nasihat daripada doktor atau dermatologist. Mereka akan check kulit korang dan berikan ubat atau cream sapu yang sesuai untuk digunakan.


Walau bagaimanapun, semua kulit akan react dengan cara yang berbeza sebab keadaan kulit kita tak sama.

Ini hanyalah guidelines untuk korang apabila ada masalah jerawat dan masalah kulit yang lain. Kalau, anda masih ada masalah kulit, cepat-cepat dapatkan consulation dari pakar.

Concern? Share your thought

    Leave a Reply
    © 2024 Mamadil Slim & Beauty Sdn Bhd (1148333D). All Rights Reserved