BETUL KAH RAMBUT GUGUR DISEBABKAN FAKTOR KETURUNAN?
Posts

BETUL KAH RAMBUT GUGUR DISEBABKAN FAKTOR KETURUNAN?

Macam betul, macam tak.

 

Nak tahu tak kenapa Syafa cakap macam tu? Jom Syafa explain!

 

Secara purata, orang dewasa mempunyai 100,000 hingga 150,000 helai rambut. Boleh dikatakan, jumlah rambut gugur sehari boleh mencecah sehingga 100 helai rambut.

 

Tapi tak mengapa! Sebab itu adalah keadaan yang normal untuk rambut yang sihat.

 

“jadi macam mana nak tahu jumlah rambut gugur  kalau untuk jenis rambut tak sihat pulak?”

 

Kadar rambut gugur untuk semua orang adalah berbeza, terutamanya wanita dan lelaki.

 

Tahap rambut gugur untuk lelaki:

Lelaki yang mempunyai masalah rambut gugur, kebiasaanya akan mempunyai simptom kepala botak bercorak atau alopecia. Fenomena botak berbentuk M akan dapat dilihat dalam kalangan  lelaki yang sudah berusia.

 

Tahap rambut gugur untuk wanita:

Tahap 1: Berlakunya penipisan rambut daripada bahagian tengah kulit kepala.

Tahap 2: Rambut kelihatan nipis sehingga kelihatan kulit kepala.

Tahap 3: Rambut kelihatan tersangat nipis sehinggakan rambut mudah gugur hanya dengan menyikat rambut menggunakan jari.

 

 

Rambut gugur yang disebabkan keturunan, kebiasaanya disebabkan oleh penyakit yang datang dari genetik yang sama.

 

Akan tetapi, bagi mereka yang mempunyai kulit kepala bermasalah dan bukan disebabkan faktor genetik, ianya masih mampu untuk dirawat.

 

Dapat sesuatu tak harini? Cuba komen!

 

#anggoonhaircare #rambutsihat #rambutlebat #mamadil #since2012 #TestedTrusted

Leave a Comment

Your email address will not be published.