WAJAH KUSAM TAK BERMAYA? MACAM MANA NI?
Siapa tak sedih kalau muka nampak lebih berusia dari usia SEBENAR???
Dah ramai yang terkena...
Disangka ibu sedangkan dia seorang kakak....
Disangka makcik sedangkan dia seorang pelajar....
Disangka dah berkahwin sedangkan dia single lagi....
Sebab itu, ada segelintir orang kita....
Jadi sangat sensitif bila bercakap tentang topik wajah dan skincare
Jom kita check, apakah punca masalah kulit kusam dan cara untuk atasi nya!
- Hormon
Perubahan hormon yang berlaku di dalam badan boleh menyebabkan kulit dan muka kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Ini kerana hormon estrogen dalam tubuh saling mempengaruhi tahap produktiviti kolagen yang menjaga keanjalan kulit. Jika kadar estrogen terganggu, kulit pun akan terkena impaknya.
- Genetik
Faktor sebegini tidak boleh dielakkan jika keluarga anda mempunyai genetik cepat tua dari usia sebenar. Cuma, anda still boleh atasi kulit kusam itu dengan perbanyakan makan ulam ulaman serta air suam untuk melambatkan proses penuaan tersebut.
- Stress
Stres yang berlebihan boleh menyebabkan anda kelihatan cepat tua. Untuk mengatasinya, lakukan aktiviti seperti berenang, membeli-belah atau bersenam jika anda di dalam keadaan stres. Ingat! Stress amat bahaya untuk anti-penuaan.
- Alkohol & Rokok
Kandungan racun yang terdapat di dalam rokok dan alkohol mempunyai radikal bebas yang dapat menyerang sel kulit dan melambatkan penggantian sel kulit mati. Oleh sebab itu kulit akan menjadi cepat kering dan tua berbanding usia sebenar. Say NO to Rokok & Alkohol!
- Pola makanan tidak sihat
- Sinaran matahari/UV
Kulit kusam juga selalu terjadi disebabkan sinaran UVA/UVB. Sebab itu sangat penting, pemakaian sunscreen untuk aktiviti seharian kita. Bila PROTECTION dah kukuh, kulit pon nampak MUDA!
Setiap masalah kan boleh dirawat...
Ape tah lagi masalah kulit wajah!.
Jangan lupa share feedback anda once dah try tips ini tau!