6 Rahsia Kulit Muka Glowing

Bila dah semakin dewasa ni, perasan tak yang kulit muka kita ni makin hari makin kurang glowing.

Kulit nampak makin kusam, tidak bermaya.

Maklum lah, semakin dewasa semakin banyak aging factor yang kita kena lalui.

Kekurangan tidur, stress, faktor sekeliling, dehidarasi, dan banyak lagi.

Tetapi, jangan risau. Masih ada cara untuk bantu kita dapatkan kulit yang glowing dan sihat.

6 Rahsia untuk Kulit Muka Glowing

1. Cleanser

cleanser mamadil sesuai untuk semua jenis kulit muka

Gunakan pembersih muka untuk membersihkan kotoran dan minyak dari kulit.

Pilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit.

Tips Memilih Cleanser:

  • Oil-free cleanser untuk kulit berminyak atau berjerawat
  • Oil-based cleanser untuk kulit kering

2. Toner

Gunakan toner selepas bersihkan muka

Toner membantu menghilangkan minyak atau kotoran yang mungkin tidak sepenuhnya hilang dengan pembersih muka.

Pilih toner yang sesuai dengan jenis kulit.

Pastikan toner selamat digunakan dan mengandungi bahan seperti glycolic acid, hyaluronic acid dan bahan-bahan lain yang selamat.

3. Moisturizer

Gunakan pelembap selepas mencuci muka untuk menghindari kulit kering.

Jika anda menggunakan toner, terus pakai pelembap selepasnya.

Pilih pelembap yang sesuai dengan keperluan kulit.

Pastikan untuk menggunakan pelembap sebelum tidur.

4. Sunscreen

Matahari adalah salah satu faktor utama penuaan kulit.

Gunakan pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 30 setiap pagi, walaupun pada hari-hari yang mendung.

Ini dapat melindungi kulit daripada kerosakan sinaran UV dan membantu mencegah pigmentasi tidak diingini.

5. Serum

kebaikan serum untuk kulit muka

Serum mengandungi bahan seperti vitamin C dan retinol yang dapat meningkatkan kecerahan kulit.

Pakar kulit biasanya mencadangkan penggunaan serum selepas toner dan sebelum melembapkan.

Sleeping serum juga merupakan serum yang direka khas untuk digunakan semasa tidur.

Kandungan seperti niacinamide dan asid hialuronik dapat memberikan manfaat kepada kulit semasa tidur.

Gunakan serum untuk sebulan dan perhatikan perubahan pada kesihatan kulit anda.

6. Exfoliation

Exfoliation boleh dilakukan seminggu sekali dan mungkin tidak sesuai untuk kulit sensitif.

Ini membantu menghilangkan sel kulit mati dan meningkatkan regenerasi kulit.

Sebelum menggunakan product exfoliation, pastikan untuk menguji produk atau scrub di bahagian kulit yang kecil untuk memastikan tiada reaksi alergi.

Cukup dengan rahsia di atas, korang dah boleh capai kesan glowing yang sihat pada kulit muka.

Tak perlu nak pakai 10-20 langkah penjagaan muka yang viral dekat social media tu.

Selamat Mencuba!

Concern? Share your thought

    Leave a Reply
    © 2024 Mamadil Slim & Beauty Sdn Bhd (1148333D). All Rights Reserved