Apa beza Lipbalm VS Lipgloss ?

Bibir yang cantik bukan sekadar gaya tapi juga dengan penjagaan dan keselesaan. Ramai antara kita masih lagi keliru antara lipbalm dan lipgloss. Nampak sama tapi mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi fungsi, kandungan dan tujuan penggunaan. Jom saya kongsikan perbezaan antara Lipbalm dan Lipgloss.

Apa Itu Lipbalm ?

Lipbalm merupakan produk penjagaan bibir yang direka khusus untuk melembapkan, merawat bibir yang kering atau merekah, serta melindungi bibir daripada cuaca ekstrem seperti panas terik, angin kering atau suhu sejuk. Lipbalm 24H dari Mamadil mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti Shea Butter, Grape Seed Oil, Macadamia Oil, Brassica Alba Sprout Extract dan vitamin E. Ada juga sesetengah Lipbalm yang hanya melembapkan bibir tanpa memberikan sebarang warna, tetapi Lipbalm Mamadil melembapkan dan memberikan warna pink natural yang segar dan menawan pada bibir.

Apa itu Lipgloss ?

Kredit Ilustrasi

Lipgloss pula berfungsi sebagai kosmetik untuk mencantikkan bibir dengan memberikan kesan kilauan yang menarik. Ia bukan sahaja untuk merawat, tetapi lebih kepada menyerlahkan penampilan bibir terutama untuk mekap yang lebih glam atau ketika menghadiri acara dan majlis. Kandungannya biasanya terdiri daripada minyak, pigmen warna, dan kadang-kadang shimmer atau glitter untuk tambahan kesan berkilat. Namun, teksturnya boleh jadi agak melekit dan ada sesetengah lipgloss yang boleh menyebabkan bibir rasa lebih kering jika digunakan berterusan tanpa sebarang pelembap asas.

Perbezaan Lipgloss dan Lipbalm

Kalau nak bezakan dengan mudah antara lipbalm dan lipgloss, lipbalm berfungsi untuk rawatan dan perlindungan, manakala lipgloss adalah untuk penampilan dan kilauan. Lipbalm terasa ringan di bibir, sesuai dipakai sebelum tidur atau sebagai base sebelum makeup. Lipgloss pula digunakan bila korang inginkan bibir nampak lebih menyerlah, terutamanya ketika bergambar, keluar makan malam, atau bila-bila masa sahaja.

Sebenarnya, korang boleh gabungkan kedua-duanya! Caranya mudah sahaja iaitu dengan sapukan lipbalm terlebih dahulu sebagai asas untuk melembapkan dan melindungi bibir. Selepas itu, lapiskan lipgloss di atasnya untuk kesan kilauan yang memukau. Hasilnya? bibir bukan sahaja kelihatan cantik, tapi juga terasa lembut dan sihat sepanjang hari. Kesimpulannya, sama ada korang seorang yang lebih suka gaya natural atau lebih suka tampil bold, yang penting adalah faham fungsi setiap produk dan kegunaannya mengikut keperluan. Jangan hanya fokus pada rupa luaran sahaja namun pastikan bibir korang juga sentiasa dijaga dengan baik. Jadi, lepas ni korang team lipbalm, team lipgloss, atau dua-dua sekali?

Nak dapatkan lipbalm dari Mamadil, boleh tekan di sini.

Concern? Share your thought

    Leave a Reply
    © 2024 Mamadil Slim & Beauty Sdn Bhd (1148333D). All Rights Reserved