Khasiat 8 Bahan Utama di dalam Susu Rizqi

susu kambing berperisa

Setiap produk makanan atau minuman yang dijual di luar sana pasti mengandungi bahan atau kandungan yang bermanfaat. Ye la kan, semua itu dijual dengan tujuan setiap pengguna memperolehi manfaat daripada makanan atau minuman tersebut.

Begitu juga dengan Susu Rizqi. Setiap bahan yang terdapat dalam Susu Rizqi mempunyai pelbagai manfaat untuk pengguna di luar sana. Daripada kanak-kanak berusia seawal 2 tahun sehingga warga emas boleh consume tau.

Jom kita tengok khasiat 8 bahan utama di dalam Susu Rizqi.

Khasiat Susu Kambing

  • Mudah dicerna. Molekul lemak dan protein dalam susu kambing lebih kecil berbanding susu lembu. Ramai orang yang mempunyai masalah pencernaan lebih memilih untuk betukar kepada susu kambing berbanding susu-susu lain.
  • Kaya dengan nutrisi. Susu kambing sangat kaya dengan protein yang berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, kandungan kalsium, vitamin A dan vitamin B kompleks juga terdapat dalam susu kambing.
  • Kandungan lemak yang baik. Saiz molekul lemak dalam susu kambing lebih kecil berbanding susu lembu. Susu kambing mempunyai banyak 3.5μm globules yang bersaiz kecil. Ini membantu proses penghadaman berlaku dengan lebih mudah.
  • Rendah laktosa. Kandungan laktosa (gula dalam susu) dalam susu kambing adalah 0.2% – 0.5% lebih rendah berbanding susu lembu. Haa sebab itu lah susu kambing ni sangat disyorkan bagi sesiapa yang mempunyai masalah intoleransi laktosa. Jumlah kandungan laktosa yang rendah juga mempengaruhi rasa susu yang lebih sedap. Bukan itu sahaja, proses penyerapan kalsium juga berlaku dengan lebih senang.
  • Mengandungi asid lemak rantai pendek. Susu kambing terbukti mempunyai jumlah short-chain fatty acid yang banyak. Antara yang dikenal pasti adalah seperti capric acid dan caprylic acid. Short-chain fatty acid ini sangat bagus bagi merawat masalah kolestrol, anemia dan masalah pemakanan.
  • Mengandungi antioksidan. Susu kambing kaya dengan selenium dan juga vitamin E (penting untuk melindungi badan dari radikal bebas).

Khasiat Ekstrak Habbatus Sauda (Nigella Sativa)

Kredit Gambar
  • Menguatkan sistem imunisasi. Ekstrak habbatus sauda kaya dengan bahan-bahan bioaktif seperti thymoquinone. Bahan ini dapat membantu memperkuatkan sistem imunisasi tubuh badan. Jadi, sebab itu lah Susu Rizqi ini juga sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Anti-radang semulajadi. Kandungan seperti thymoquinone dan alpha-hederin dalam habbatus sauda mempunyai sifat anti-radang semulajadi. Sebagai contoh, thymoquinone mempunyai keupayaan untuk mengurangkan penghasilan kesan radang seperti prostaglandin (kerosakan tisu) dan sitokin.
  • Bersifat antioksidan. Estrak habbatus sauda dapat melindungi badan daripada radikal bebas, jerawat, masalah eczema dan juga psoriasis.
  • Mengurangkan gejala alahan. Ini dapat membantu mengawal gejalan alahan yang berlebihan seperti hidung berair, bersin, dan hidung gatal.

Khasiat Ekstrak Buah Tin

Kredit Gambar
  • Kaya dengan serat. Buah tin mengandungi serat yang tinggi, yang mana sangat bagus untuk proses pencernaan. Serat di dalam estrak buah tin juga dapat mencegah masalah sembelit. Hasilnya, badan akan terasa lebih sihat dan bertenaga.
  • Sumber kalsium. Buah tin juga mengandungi kalsium yang sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Kalsium adalah mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu tulang. Jadi ianya sangat bagus bagi memastikan kita mempunyai tulang dan gigi yang kuat serta sihat.
  • Kaya dengan zat besi. Zat besi yang terdapat dalam buah tin penting dalam pembentukan sel darah merah. Sel darah merah berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia dan juga kelesuan. Jadi, pengambilan buah tin dalam pemakanan seperti Susu Rizqi dapat membantu menjaga paras zat besi yang sihat.
  • Energy booster. Ekstrak buah tin mengandungi gula semulajadi yang boleh memberikan tenaga tambahan kepada kita. Gula semulajadi ini adalah sumber tenaga yang baik dan semestinya lebih sihat berbanding gula tambahan.
  • Bersifat antioksidan. Buah tin juga kaya dengan vitamin C dan vitamin E. Kedua-dua vitamin ini mempunyai sifat antioksidan yang kuat. Antioksidan membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh kesan-kesan radikal bebas seperti sinaran UV dan pemakanan yang tidak sihat. Ini adalah penting bagi memastikan kesihatan jangka panjang dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

Khasiat Ekstrak Delima

Kredit Gambar
  • Bersifat antioksidan. Delima mengandungi antioksidan yang kuat seperti Anthocyanins. Ia berfungsi sebagai antioksidan dengan menghalang penghasilan radikal bebas sekaligus dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.
  • Menjaga kesihatan jantung. Delima dapat membantu menurunkan tahap kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan tahap kolestrol HDL (kolestrol baik) dalam darah. Ini sangat penting kerana tahap kolestrol yang seimbang adalah kunci untuk kesihatan jantung yang baik. Apabila kolestrol LDL berkurang, kesihatan jantung akan meningkat.
  • Anti-radang. Delima juga mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu meredakan keradangan pada badan. Masalah keradangan yang kronik adalah faktor penyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser.
  • Melancarkan sistem penghadaman. Delima mengandungi kandungan serat yang sangat penting untuk merangsang sistem pencernaan dalam usus. Serat juga membantu mengurangkan risiko sembelit.

Khasiat Ekstrak Daun Zaitun

Kredit Gambar
  • Menjaga kesihatan jantung. Daun zaitun mengandungi sebatian oleuropein yang terbukti membantu menurunkan tekanan darah. Ini adalah penting kerana tekanan darah tinggi adalah antara faktor utama penyakit jantung. Oleuropein juga membantu mengurangkan keradangan dalam jantung.
  • Bersifat antioksidan. Daun zaitun kaya dengan polifenol. Polifenol ini akan membantu melindungi sel-sel badan daripadan kesan radikal bebas.
  • Menguatkan sistem imunisasi. Daun zaitun membantu meningkatkan fungsi sistem imunisasi tubuh. Ini bermaksud ia membantu tubuh kita untuk melawan jangkitan dan penyakit dengan lebih efektif. Sistem imunisasi yang kuat adalah penting untuk kesihatan badan secara keseluruhan.
  • Mengurangkan risiko diabetes. Oleuropein dalam daun zaitun dikaitkan dengan pengurangan tahap gula darah dan peningkatan sensitiviti insulin. Jadi, kandungan estrak daun zaitun yang terdapat dalam Susu Rizqi sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah diabetes.

Khasiat Ekstrak Madu

Kredit Gambar
  • Sumber tenaga semulajadi. Madu adalah sumber tenaga semulajadi yang kaya dengan gula semulajadi seperti glukosa dan fruktosa. Gula semulajadi dalam madu memberikan tenaga yang berpanjangan. Bukan itu sahaja, ia juga mudah dicerna oleh tubuh badan berbanding gula tambahan biasa.
  • Antibakteria semulajadi. Madu mengandungi beberapa komponen seperti hidrogen peroksida dan antimirobial yang menjadikannya sebagai antibakteria semulajadi. Ini bermaksud, madu boleh membantu melawan pertumbuhan mikroorganisma jahat dan bakteria dalam tubuh.
  • Anti-radang. Madu juga mempunyai sifat anti-radang yang membantu meredakan keradangan dalam tubuh. Madu dapat membantu mengurangkan gejala batuk, selesema serta ulser, dan mempercepatkan proses pemulihan.
  • Bersifat antioksidan. Madu mengandungi antioksidan seperti flavonoid dan asid fenolik yang membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan yang disebabkaan oleh kesan radikal bebas.

Khasiat Ekstrak Kismis

Kredit Gambar
  • Sumber zat besi. Kismis adalah sumber yang kaya dengan zat besi. Zat besi adalah nutrien penting yang membantu pembentukan sel darah merah dalam tubuh badan. Sel darah merah berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.
  • Kaya dengan serat. Kismis juga mengandungi serat yang tinggi. Serat adalah penting untuk kesihatan pencernaan yang baik. Serat membantu dalam mencegah masalah sembelit dan memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan lancar. Serat juga membantu untuk rasa kenyang lebih lama.
  • Bersifat antioksidan. Kismis mengandungi antioksidan seperti resveratrol. Antioksidan adalah penting kerana dapat membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Kerosakan ini boleh menyebabkan penuaan awal dan meningkatkan risiko penyakit. Resveratrol juga bagus bagi sesiapa yang mengalami masalah obesiti.
  • Kaya dengan vitamin dan mineral. Kismis mengandungi beberapa vitamin dan mineral penting seperti vitamin K, kalium, dan magnesium. Vitamin K adalah penting untuk kesihatan tulang. Kalium membantu dalam menjaga keseimbangan elektrolit dalam tubuh badan dan kesihatan jantung. Magnesium pula penting untuk fungsi otot yang baik.

Khasiat Gula Nano

  • Sesuai untuk diabetes dan insulin resistance. Satu fungsi utama gula nano adalah kemampuannya untuk melambatkan peningkatan tahap gula atau melambatkan rangsangan glukosa. Ini sangat bagus bagi individu yang menghadapi masalah diabetes atau insulin resistance. Penggunaan gula nano dalam pemakanan mereka dapat membantu mengawal tahap gula darah dengan lebih baik.
  • Manfaat untuk kesan insulin. Gula nano juga boleh membantu mengurangkan ketidakpekaan insulin. Ini bermaksud badan akan lebih efektif dalam menggunakan insulin untuk mengawal tahap gula darah.

Jelaslah bahawa setiap bahan utama yang terdapat dalam Susu Rizqi ini mempunyai kepelbagaian khasiat untuk para pengguna di luar sana.

Kalau ada sesiapa yang pernah minum Susu Rizqi boleh komen dan kongsikan dekat bawah ye.

mamadil.app

Concern? Share your thought

    Leave a Reply
    © 2024 Mamadil Slim & Beauty Sdn Bhd (1148333D). All Rights Reserved