Makanan Sunnah: Khasiat dan Keajaiban Alam

Hi korang! Korang tahu tak yang makanan sunnah bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga merupakan amalan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW? Makanan-makanan ini kaya dengan nutrisi dan mempunyai pelbagai manfaat luar biasa. Jom kita kenali beberapa makanan sunnah yang boleh dijadikan sebahagian daripada diet harian kita!

1. Susu Kambing

Kredit Ilustrasi

Susu kambing lebih mudah dihadam kerana molekul lemak dan protein yang lebih kecil berbanding susu lembu dan ia dapat mengurangkan risiko masalah kolestrol tinggi. Ia juga kaya dengan protein berkualiti tinggi, kalsium, vitamin A, Vitamin B kompleks dan mineral seperti selenium serta dapat membantu menguatkan tulang, meningkatkan sistem imun, dan baik untuk pencernaan.

2. Habbatus Sauda

Kredit Ilustrasi

Juga dikenali sebagai jintan hitam, habbatus sauda disebut dalam hadis sebagai penawar bagi segala penyakit kecuali maut. Ia dapat menguatkan sistem imun kerana kaya dengan bahan-bahan bioaktif seperti thymoquinone. Selain itu, ia juga bersifat antioksidan, anti-radang, dan antibakteria, menjadikannya pilihan terbaik untuk meningkatkan imuniti dan melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit.

3. Buah Tin

Kredit Ilustrasi

Buah tin bukan sahaja sedap tetapi juga kaya dengan serat dan antioksidan. Ia membantu melancarkan sistem pencernaan, mengawal kadar gula dalam darah, dan menyokong kesihatan jantung. Kandungan kalsium yang baik dalam buah tin juga dapat membantu kesihatan tulang dan gigi.  

4. Buah Delima

Kredit Ilustrasi

Delima mengandungi vitamin dan antioksidan tinggi yang baik untuk kesihatan jantung serta membantu mengawal tekanan darah. Minum jus delima juga dapat menyingkirkan toksin dalam badan dan memberi kesan positif pada kesihatan kulit.Di samping itu, serat dalam delima juga dapat membantu merangsang pergerakan usus dan menyokong kesihatan sistem pencernaan.

5. Daun Zaitun

Kredit Ilustrasi

Kebanyakan orang tahu tentang minyak zaitun, tetapi korang tahu tak yang daun zaitun juga berkhasiat? Ekstraknya membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan kesihatan jantung, serta menyokong sistem imun. Ia juga bersifat antibakteria semula jadi.  Kandungan oleuropein yang terdapat dalam daun itu dapat membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan keradangan jantung serta dapat mengurangkan risiko diabetes. 

6. Madu

Kredit Ilustrasi

Madu adalah makanan sunnah yang sangat popular. Ia bukan sahaja boleh dijadikan pemanis semula jadi, tetapi juga bersifat antibakteria, antiradang, dan kaya dengan antioksidan. Kandungan gula semulajadi dalam madu dapat memberikan tenaga berpanjangan dan lebih mudah dicerna oleh badan. Minum madu setiap pagi dapat membantu meningkatkan tenaga dan sistem imun badan.

7. Kurma

Kredit Ilustrasi

Kurma terkenal sebagai makanan berbuka puasa kerana ia memberikan tenaga segera. Kaya dengan serat, vitamin, dan mineral seperti kalium serta magnesium, kurma juga baik untuk sistem pencernaan dan membantu mengawal kadar gula dalam darah. Selain itu, ia juga kaya dengan nutrisi seperti vitamin B kompleks, potassium, zat besi, dan magnesium yang dapat menyokong fungsi saraf, menyeimbangkan elektrolit dan kesihatan jantung. 

8. Kismis

Kredit Ilustrasi

Kismis bukan sekadar manisan biasa, ia sebenarnya kaya dengan zat besi dan antioksidan yang dapat membantu dalam pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. Makanan kecil ini membantu meningkatkan daya ingatan, menyokong kesihatan jantung, dan melancarkan sistem pencernaan. Ia juga mengandungi vitamin K, kalium, dan magnesium yang penting untuk kesihatan tulang dan fungsi otot. 

Dalam Susu Rizqi Mamadil ni terdapat semua kebaikan makanan sunnah ni tau. Korang boleh dapatkan Susu Rizqi ni di mamadil.app.

Concern? Share your thought

    Leave a Reply
    © 2024 Mamadil Slim & Beauty Sdn Bhd (1148333D). All Rights Reserved