Bahan-Bahan Antioksidan dan Kepentingan Ekstrak Buah-Buahan dalam Suplemen Kesihatan.
Suhaida
March 23rd, 2025
No Comments
Hi korang. Korang tahu tak apa itu antioksidan? Ni Suhaida nak kongsikan apa itu antioksidan dan kenapa ianya penting untuk kita.
Antioksidan ialah sebatian yang membantu dalam melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif, yang dikaitkan dengan penuaan pramatang dan pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, dan kanser. Oleh itu, pengambilan makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan secara keseluruhan.
Bagaimana Antioksidan Berfungsi?
Antioksidan bertindak dengan meneutralkan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas boleh merosakkan DNA dan protein dalam sel, yang boleh membawa kepada penyakit kronik serta mempercepatkan proses penuaan. Dengan mengambil antioksidan dalam diet atau suplemen, ianya dapat:
Mengurangkan keradangan dalam badan.
Melindungi sel daripada mutasi yang boleh membawa kepada kanser.
Menyokong kesihatan otak dan mencegah penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer.
Menyokong sistem imun dan mengurangkan risiko jangkitan.
Kepentingan Ekstrak Buah-Buahan dalam Suplemen Kesihatan
Ekstrak buah-buahan adalah sumber antioksidan yang sangat berkesan kerana ia mengandungi sebatian aktif yang telah diasingkan dan diperkaya untuk manfaat kesihatan yang maksimum. Berikut adalah beberapa ekstrak buah yang sering digunakan dalam suplemen kesihatan serta fungsinya:
1. Ekstrak Buah Honeydew: Penghidratan dan Kesihatan Jantung
Buah honeydew bukan sahaja lazat tetapi juga kaya dengan nutrien penting. Ekstraknya mengandungi:
Meningkatkan sistem imun – Kandungan vitamin C yang tinggi dapat meningkatkan sistem imun badan dan menjaga kesihatan kulit.
Membantu kesihatan Jantung- Kaya dengan kalium yang penting untuk tekanan darah dan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Menggalakkan Sistem Pencernaan yang Sihat– Kandungan serat semulajadi yang ada dalam honeydew dapat membantu merangsang pergerakan usus dan menjaga pencernaan yang sihat.
Menyokong Penghidratan- Kandungan air yang tinggi dapat membantu mencegah masalah terhidrasi yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti keletihan, risiko penyakit dan masalah penghadaman.
Antioksidan– Membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan radikal bebas.
Manfaat utama:
Menyokong penghidratan tubuh dan kesihatan kulit.
Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menstabilkan tekanan darah.
Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
2. Ekstrak Buah Strawberi: Rahsia Kulit Sihat dan Awet Muda
Strawberi terkenal dengan kandungan antioksidannya yang tinggi. Ekstraknya juga dapat membantu:
Menyihatkan Jantung– Kandungan serat, potassium, dan antioksidan yang baik untuk kesihatan jantung.
Mengurangkan Kadar Gula dalam Darah– Membantu mengawal peningkatan gula dalam darah selepas makan.
Menyokong Sistem Pencernaan– Membantu mengurangkan masalah sembelit dan merangsang pergerakan usus.
Kesihatan Mata– Kandungan vitamin C dan zat Lutein dalam strawberi baik untuk kesihatan mata.
Antioksidan– Kaya dengan vitamin C dan Anthocyanins yang melindungi sel-sel badan daripada kerosakan radikal bebas.
Manfaat utama:
Melindungi kulit daripada penuaan pramatang.
Membantu mengawal kadar gula dalam darah.
Meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak.
Kebaikan ekstrak buah honeydew dan ekstrak buah strawberi ni korang boleh dapatkan dalam suplemen Women Love Advance dari Mamadil tau.
3. Ekstrak Buah Beri: Nutrisi untuk Otak dan Jantung
Buah beri adalah antara sumber antioksidan terbaik, terutama kerana kandungan flavonoid, resveratrol, dan serat yang tinggi. Selain itu, ekstraknya juga dapat membantu:
Menguatkan Sistem Imun– Kandungan vitamin C membantu meningkatkan fungsi sistem imunisasi badan untuk melawan jangkitan bakteria dan penyakit.
Menyokong Kesihatan Jantung– Kandungan serat dan antioksidan membantu menjaga kesihatan jantung.
Anti-Radang– Membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh, yang berkaitan dengan banyak masalah kesihatan.
Antioksidan– Membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan radikal bebas yang berpotensi menyebabkan penyakit dan penuaan.
Meningkatkan Fungsi Kognitif– Membantu melindungi otak daripada kerosakan.
Manfaat utama:
Meningkatkan fungsi kognitif dan melindungi daripada penyakit neurodegeneratif.
Menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan aliran darah.
Meningkatkan sistem imun dan mengurangkan risiko jangkitan.
4. Ekstrak Buah Anggur: Perlindungan Jantung dan Anti-Penuaan
Buah anggur kaya dengan resveratrol, polifenol, dan quercetin yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan.Selain itu, ekstraknya juga dapat membantu:
Menyokong Kesihatan Jantung- Ekstrak anggur yang mengandungi resveratrol, baik untuk mencegah penyakit jantung dan menjaga kesihatan sistem kardiovaskular.
Antioksidan- Kandungan antioksidan dalam ekstrak buah anggur membantu melawan kerosakan sel akibat radikal bebas dan memelihara kesihatan sel dalam badan.
Baik untuk Sistem Pencernaan- Serat yang terdapat dalam buah anggur membantu melancarkan pencernaan dan mencegah masalah pencernaan seperti sembelit.
Baik untuk Mata- Kandungan antioksidan (lutein dalam buah anggur) baik untuk kesihatan mata.
Anti-Radang- Membantu mengurangkan radang dalam tubuh dan menyokong kesihatan secara menyeluruh.
Manfaat utama:
Membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.
Mempunyai sifat anti-penuaan dan menyokong kesihatan kulit.
Kebaikan ekstrak buah beri dan ekstrak buah anggur ni korang boleh dapatkan dalam suplemen Women Love No Collagen juga tau.