Kopi adalah sejenis minuman yang berasal daripada biji benih buah dari pohon kopi ( Coffea ) yang dipanggang dan dihancurkan menjadi serbuk. Serbuk biji kopi ini kemudiannya akan dicampurkan bersama air panas dan sedia untuk diminum begitu sahaja. Minuman berasaskan biji kopi ini juga biasanya akan disertakan dengan bahan-bahan lain seperti susu, krim, dan gula untuk menghasilkan minuman berperisa pahit, berkrim dan manis. Kopi mengandungi kafein, sejenis bahan yang boleh memberikan kesan rangsangan kepada sistem saraf pusat, membantu meningkatkan kewaspadaan dan mengurangkan rasa mengantuk. Namun tahukah korang, pengambilan kopi juga ada pantang larangnya dan perlu dielakkan sebagai contoh pengambilan kopi bersama kolagen.
Kopi atau minuman yang berasaskan kafein dapat mengganggu penyerapan beberapa nutrien penting dari suplemen. Ia mempengaruhi penyerapan mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium, dan zink. Ini kerana kafein meningkatkan pengeluaran air kencing, yang boleh menyebabkan pengeluaran mineral penting melalui urin.
Selain itu, kafein juga boleh mengganggu penyerapan vitamin B dan vitamin C jika diambil dalam jumlah yang berlebihan. Oleh itu, untuk memaksimumkan manfaat suplemen, disarankan untuk mengelakkan pengambilan minuman berkafein dalam waktu yang sama dengan suplemen atau memberi jarak masa antara kedua-duanya. Sebagai contoh, mengambil suplemen pada waktu pagi dan menikmati kopi beberapa jam selepasnya boleh membantu mengurangkan kesan gangguan ini.
Kopi boleh menjejaskan kualiti tidur kerana kopi mengandungi kafein yang dapat mengganggu mekanisme semulajadi tubuh untuk tidur dan berehat. Pengambilan kafein terutamanya beberapa jam sebelum tidur dapat menghilangkan rasa mengantuk menyebabkan kita sukar untuk tidur lena dan mendapatkan tidur yang berkualiti.
Kopi boleh menyebabkan gangguan pencernaan, terutamanya bagi individu yang sensitif terhadap kafein atau asid. Kafein dalam kopi boleh merangsang pengeluaran asid perut yang berlebihan, yang boleh menyebabkan pedih ulu hati, refluks asid, atau masalah gastrik. Selain itu, kopi juga boleh mempercepatkan pergerakan usus, menyebabkan cirit-birit atau ketidakselesaan perut pada sesetengah orang.
Kesimpulannya, pengambilan minuman yang berkafein tinggi seperti kopi & nescafe secara berterusan boleh membazirkan supplement yang kita amalkan selama ini. Membazir kan jika kita makan supplement yang mahal-mahal tetapi dimusnahkan oleh kafein dengan sekelip mata je ? Oleh itu,kita mungkin tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan penyerapan supplement terjejas apabila pengambilan kafein terlalu kerap dan secara berterusan.