Siapa yang perlu amalkan Women Love Advanced ?

Wanita memerlukan suplemen untuk menyokong kesihatan tubuh badan mereka terutamanya bagi memastikan kecergasan, keseimbangan hormon serta kulit yang sihat. Women Love Advance direka khas untuk kesihatan dalaman dan luaran wanita dengan berasaskan kandungan herba seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan Pueraria Mirifica, kandungan bahan antioksidan seperti ekstrak buah beri dan ekstrak buah anggur serta kandungan marine collagen daripada Ikan Talapia. Bahan-bahan ini baik untuk kesihatan luaran dan dalaman wanita. Terdapat 3 golongan  wanita yang sesuai untuk consume Women Love Advance : 

Wanita bujang

  • Masalah jerawat, parut dan berjeragat
    Dengan kandungan antioksidan sepeti ekstrak buah beri dan anggur ia dapat membantu melawan radikal bebas yang merosakkan kulit, menjaga kulit agar tetap cerah, berseri dan mengurangkan masalah kulit berjerawat dan berjeragat.
  • Masalah badan berbau dan sengugut
    Masalah badan berbau ketika haid adalah isu yang biasa dihadapi oleh kebanyakan wanita. Ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk perubahan hormon semasa haid, peluh berlebihan dan peningkatan aktiviti bakteria di kulit. Penggunaan bahan Pueraria Mirifica mampu menyeimbangkan hormon wanita dan membantu menstabilkan tahap estrogen dalam tubuh. Malah digabungkan pula dengan bahan Kacip Fatimah yang semestinya dapat membantu mengurangkan kekejangan otot dan memberikan keselesaan semasa haid.
  • Masalah period yang tidak teratur
    Manjakani berfungsi untuk membantu melancarkan perjalanan haid dan membantu mengurangkan gejala yang tidak selesa semasa kitaran haid . Ia juga membantu memperbaiki kesihatan sistem reproduktif wanita secara keseluruhan, menjaga keseimbangan hormon dan menjaga kesihatan rahim.

Wanita yang sudah berkahwin

  • Masalah kesuburan
    Kacip Fatimah dapat menguatkan sistem reproduktif wanita dan digunakan untuk meningkatkan kesuburan wanita. Fitoestrogen (phytoestrogen) pada Kacip Fatimah menyembuhkan saluran pembiakan, dinding faraj dan tisu faraj. Ia menjadikannya lebih kuat dan membantu wanita meningkatkan peluang untuk hamil.
  • Cepat penat dan tidak bermaya
    Pueraria Mirifica merupakan bahan yang terkenal dengan manfaatnya untuk kesihatan wanita khususnya dalam merawat masalah aset kendur. Ia membantu memperbaiki struktur tisu payudara dengan merangsang pertumbuhan sel-sel baru. Ia bekerja pada tisu penghubung di payudara untuk memperbaiki keanjalan dan ketegangan kulit.

Wanita Menopaus

  • Susah untuk tidur
    Wanita yang melalui fasa menopaus sering kali menghadapi masalah tidur yang boleh disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh terutamanya penurunan kadar estrogen dan progesteron. Kacip Fatimah berfungsi sebagai adaptogen, yang membantu tubuh wanita menyesuaikan diri dengan tekanan dan meningkatkan kualiti tidur. Ia membantu menenangkan sistem saraf, mengurangkan kegelisahan, dan memberi kesan menenangkan pada badan yang dapat memberikan tidur yang lebih lena dan tidak terganggu.
  • Mengurangkan gejala hot flashes
    Salah satu gejala umum menopaus adalah hot flashes atau rasa panas yang berlebihan, yang sering berlaku pada waktu malam dan mengganggu tidur. Pueraria Mirifica dan Kacip Fatimah dapat membantu mengurangkan intensiti dan kekerapan hot flashes dengan menyeimbangkan hormon, memberikan rasa sejuk dan lebih selesa, terutamanya pada waktu malam.

Jadi, korang tersenarai tak dalam 3 golongan wanita ni ? Kalau tersenarai jom dapatkan Women Love Advance sekarang dan rasai perubahan selepas penggunaan yang berterusan. Nak luaran cantik, dalaman pun kena cantik dan sihat juga tau!

Concern? Share your thought

    Leave a Reply
    © 2024 Mamadil Slim & Beauty Sdn Bhd (1148333D). All Rights Reserved