
Kulit adalah organ terbesar dalam badan kita, tapi ramai tak sedar kulit pun boleh penat dan perlukan extra care!
Pernah tak kulit rasa kusam, kering, atau susah dijaga walaupun dah ikut rutin skincare? Atau bila pakai makeup, cepat luntur, tak lekat elok, dan nampak retak? Itu semua petanda kulit anda sedang βletihβ dan perlukan perhatian lebih. Kalau dibiarkan, kulit akan nampak lesu dan tak bermaya walaupun tanpa makeup.
Jom kita kenal pasti 5 petanda kulit letih supaya anda boleh mula beri extra care yang betul dan kembalikan seri semula jadi wajah!

Wajah terasa kering, tegang atau mula menggelupas? Itu petanda kulit perlukan perhatian. Bila kelembapan berkurang dan lapisan pelindung terganggu, kulit menjadi kasar, gatal dan teksturnya tidak sekata. Masalah ini boleh berlaku pada semua jenis kulit, sama ada kering, berminyak atau kombinasi.
Apa boleh dibuat:
Dengan rutin yang betul, tekstur permukaan muka akan kembali lembut, halus dan selesa tanpa rasa kering atau iritasi.
Kulit berminyak bukan semestinya tanda wajah kotor. Kadang-kadang, apabila lapisan wajah terlalu kering, kulit akan menghasilkan minyak berlebihan untuk menggantikan kelembapan yang hilang. Ini antara petanda kulit anda sedang cuba “menyelamatkan diri”, lalu menyebabkan pori tersumbat dan jerawat lebih mudah muncul, terutama jika wajah tidak dibersihkan dengan betul.
Kesilapan biasa ialah menggunakan pencuci muka yang terlalu kuat sehingga menghapuskan minyak semula jadi kulit. Apabila kulit menjadi kering, ia kembali menghasilkan lebih banyak minyak dan kitaran ini pun berulang. Sebab itu penting untuk memilih pencuci muka yang lembut, pH seimbang dan sesuai dengan jenis wajah anda.
Cara atasinya:
Kenali jenis kulit anda melalui artikel Kenali Jenis-Jenis Kulit Muka supaya rutin penjagaan lebih tepat dan berkesan.

Kulit nampak kusam, tak berseri dan tona pula tak sekata? Ini antara masalah yang ramai orang hadapi tanpa sedar. Bila sel kulit mati berkumpul terlalu lama di permukaan, ia membuatkan wajah nampak gelap dan tidak bermaya. Ditambah pula dengan faktor seperti cahaya matahari, pencemaran, kurang tidur dan tekanan. Semua ini boleh mengganggu ketahanan kulit dan menyebabkan tona berubah menjadi tidak sekata.
Apabila kulit mula kelihatan kelabu, cepat nampak letih walaupun baru bangun, atau makeup tak βdudukβ elok di wajah, itu sebenarnya petanda kulit anda telah terdedah terlalu lama kepada faktor persekitaran. Keadaan ini boleh berlaku pada semua jenis kulit, termasuk kulit berminyak, kombinasi atau sensitif.
Cara atasinya:
Kulit yang cepat merah, terasa pedih atau mudah gatal sebenarnya petanda kulit sedang berada dalam keadaan sensitif atau stres. Faktor penyebab boleh datang daripada cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk, produk penjagaan wajah yang terlalu kuat, atau bahan alergen seperti pewangi dan bahan kimia tertentu.
Bila kulit mula mudah merah, terasa perih, atau muncul ruam kecil, ini adalah cara kulit memberi amaran bahawa ia memerlukan perhatian tambahan. Jika dibiarkan, kulit boleh menjadi lebih mudah iritasi dan rasa tidak selesa boleh mengganggu rutin harian.
Cara atasinya:
Lingkaran gelap biasanya muncul bila kita kurang tidur, stres atau terlalu penat. Bahagian bawah mata memang lebih nipis, sebab itu ia mudah menunjukkan perubahan. Bila kawasan ini semakin gelap atau nampak sembap, itu sebenarnya petanda kulit anda tak cukup rehat dan kurang hidrasi.
Cara atasinya:

Menjaga kulit bukan hanya tentang mekap atau krim mahal, tetapi bermula dari asas: pembersihan yang betul. Pastikan kulit dibersihkan dengan lembut tapi efektif, cukup hidrasi, dan lindungi dari faktor luar seperti sinar matahari.
Jika anda sedang mencari pilihan sabun lembut untuk muka dan badan yang boleh membantu mengekalkan kelembapan, membersih tanpa mengeringkan, dan sesuai untuk kulit sensitif, salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan ialah Collaloe Soap. Dengan kandungan bahan aktif semula jadi seperti aloe vera, kolagen, minyak zaitun, dan arbutin, ia dapat membantu kulit kekal bersih, lembap, dan berseri setiap hari.