Bukan Gatal Biasa: Ekzema Perlu Difahami, Bukan Dihukumi.

Pernah tak anda rasa gatal yang tak henti-henti, kulit jadi kemerah-merahan, menggelupas atau merekah hingga rasa pedih? Jika ya, mungkin anda sedang mengalami ekzema sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai alahan biasa. Sebenarnya, ekzema adalah lebih daripada sekadar masalah kulit. Ia boleh menjejaskan emosi, tidur, dan keyakinan diri seseorang.

Apa Itu Ekzema?

Ekzema atau dermatitis atopik ialah keadaan di mana kulit menjadi radang, kering, gatal dan kadang-kadang melepuh atau berdarah. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, termasuk bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Kulit yang sepatutnya menjadi pelindung badan, menjadi terlalu sensitif dan ‘terluka’ akibat rangsangan luar seperti sabun, cuaca, habuk atau makanan tertentu.

Punca dan Faktor Risiko

Punca sebenar ekzema masih belum diketahui secara tepat, tetapi faktor genetik dan persekitaran memainkan peranan besar. Individu yang mempunyai sejarah keluarga ekzema, asma atau resdung lebih berisiko. Selain itu, stres, cuaca kering atau panas, serta penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia juga boleh mencetuskan serangan ekzema.

Tanda-Tanda Ekzema

Antara gejala biasa:

  1. Kegatalan yang melampau.
  2. Kulit kering, bersisik atau tebal.
  3. Kemerahan dan bengkak
  4. Luka terbuka akibat digaru.
  5. Tompok-tompok kulit pada leher, tangan, muka atau kaki.

Cara Mengurangkan dan Merawat

Walaupun tiada penawar kekal untuk ekzema, ia boleh dikawal dengan beberapa langkah mudah:

  1. Jaga kelembapan kulit – Gunakan pelembap bebas pewangi setiap hari.
  2. Elakkan punca ekzema – Kenali dan jauhi bahan atau keadaan yang menyebabkan kulit ‘meradang’.
  3. Kurangkan tekanan – Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, solat dengan khusyuk, atau meditasi.
  4. Pilih produk mesra kulit – Gunakan sabun lembut dan bebas bahan kimia keras.
  5. Rujuk doktor – Jika ekzema teruk atau berpanjangan, dapatkan rawatan seperti krim steroid, ubat antihistamin, atau terapi cahaya.

Hidup Dengan Ekzema

Menghidap ekzema bukanlah satu penghujung dunia. Ia hanyalah isyarat dari tubuh bahawa anda perlu beri lebih perhatian kepada penjagaan diri. Dengan kesedaran, penjagaan yang betul, serta sokongan orang sekeliling, anda boleh jalani hidup dengan lebih selesa dan ceria.

Penjagaan gaya pemakanan bagi penghidap ekzema juga adalah penting kerana sesetengah makanan seperti makanan laut, produk gluten, tenusu, kekacang dan telur adalah pencetus ekzema. Mengambil kira pemakanan yang sihat dan dapat membantu mengurangkan gejala ekzema seperti Susu Rizqi dari Mamadil juga adalah penting.  Dengan 9 bahan premium, ia kaya dengan nutrien dalam merawat ekzema serta meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

Concern? Share your thought

    Leave a Reply
    © 2024 Mamadil Slim & Beauty Sdn Bhd (1148333D). All Rights Reserved