Susu segar merupakan minuman berkhasiat yang sangat penting, bukan sahaja untuk tumbesaran kanak-kanak, malah untuk golongan dewasa dan warga emas. Susu kaya dengan kalsium dan protein, menjadikannya sumber terbaik untuk menjaga kesihatan tulang. Susu Rizqi menyediakan empat perisa yang berlainan iaitu coklat, vanila, strawberi dan kurma. Keempat-empat perisa ini menjadi tarikan bukan sahaja untuk kanak-kanak, malahan golongan dewasa. Namun, tahukah kenapa Susu Rizqi sangat sesuai untuk semua golongan ?
Kanak-kanak merupakan golongan yang memerlukan tumbesaran yang sempurna. Susu akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dengan menyediakan protein, kalsium, vitamin A dan vitamin B. Selain itu, susu Rizqi sangat baik untuk tumbesaran kanak-kanak kerana ia berasaskan susu kambing. Protein yang terkandung di dalam susu kambing ini mudah dilerai dan menyerap dengan cepat ke dalam tubuh badan manusia. Susu Rizqi juga sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit kering dan ekzema. Pelbagai perisa susu memberi pilihan kepada kanak-kanak untuk menikmati susu kegemaran mereka.
Susu memainkan peranan yang penting dalam menyokong pertumbuhan remaja. Remaja merupakan golongan yang paling aktif beraktiviti. Oleh itu, mereka memerlukan sumber ekstra tenaga yang mencukupi. Susu Rizqi mengandungi ekstrak Buah Tin yang kaya dengan Zat Besi. Zat Besi berperanan dalam mengekalkan sistem pertahanan yang baik untuk tubuh. Susu Rizqi juga mempunyai ekstrak Kurma yang kaya dengan Vitamin B. Vitamin B merupakan nutrien yang perlu diambil oleh semua golongan kerana ia berperanan untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan dapat mengekalkan kesihatan kulit. Susu Rizqi yang mempunyai protein sangat sesuai untuk diminum oleh golongan remaja kerana dapat meningkatkan saiz dan kekuatan otot apabila diambil dengan kerap.
Kredit Ilustrasi
Pemilihan susu ketika dan selepas mengandung sangat penting untuk pertumbuhan bayi. Susu yang baik bukan sahaja memberikan manfaat sepenuhnya kepada ibu malah anak juga turut menerima kebaikan. Susu Rizqi sangat baik untuk wanita mengandung kerana ia dapat mengurangkan morning sickness yang dialami oleh kebanyakkan wanita ketika memasuk fasa ke-3 kehamilan. Berekstrakkan madu yang terdapat dalam Susu Rizqi membantu wanita hamil menghilangkan loya. Susu Rizqi juga dapat menaikkan hemoglobin HB wanita mengandung kerana mempunyai bahan estrak buah tin yang bersifat antioksidan dan kaya dengan Vitamin C dan E.
Susu memainkan peranan penting dalam diet warga emas, membantu mengekalkan kesihatan tulang, otot, dan sistem imun. Seiring peningkatan usia, tubuh memerlukan nutrisi tambahan untuk menyokong fungsi-fungsi tersebut. Susu Rizqi sangat baik untuk kesihatan warga emas. Susu Rizqi mempunyai bahan ekstrak delima yang dapat menurunkan bacaan kolestrol. Ini sangat penting kerana tahap kolestrol yang seimbang adalah kunci untuk kesihatan jantung yang baik. Apabila kolestrol LDL berkurang, kesihatan jantung akan meningkat. Selain itu juga, susu Rizqi juga dapat menjaga kesihatan jantung. Dengan berbahankan ekstrak daun zaitun, ia dapat membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan keradangan jantung.
Kesimpulannya, susu Rizqi bukan sahaja boleh diminum oleh golongan kanak-kanak, malahan semua peringkat umur. Susu Rizqi yang berasaskan susu kambing serta campuran makanan sunnah dapat memberikan manfaat kepada semua peringkat umur. Ingin dapatkan minuman yang sedap dan pelbagai manfaat ? Boleh klik di sini.