5 Rutin Basic Skincare untuk Kulit Sihat

Skincare Trio Age Defying Booster Serum Mamadil

Pernah tak korang rasa “doubt” apa rutin skincare yang betul untuk korang amalkan supaya kulit muka lebih sihat?

Mungkin juga ada di antara korang sedang mencari cara untuk merawat kulit muka dengan lebih berkesan?

Kalau betul, jangan lupa baca rutin skincare yang Fitri nak share harini sampai habis.

Step nombor 3 jangan SKIP!!

Rutin Skincare untuk Kulit Sihat

1. Pembersih (Cleanser)

Langkah pertama dalam rutin skincare ini adalah membersihkan muka menggunakan cleanser yang sesuai dengan jenis kulit korang.

Kulit muka kita ada banyak jenis, contohnya kulit normal, kulit kering, kulit sensitif, dan kulit kombinasi.

Jadi, sangat penting untuk korang guna cleanser yang sesuai supaya tidak ada kesan mengeringkan kulit.

2. Toner

Selepas membersihkan muka, step seterusnya adalah menggunakan toner.

Penggunaan toner ini sangat penting untuk membuang kotoran dan bakteria yang mungkin tidak hilang ketika korang membersihkan muka.

Bukan itu sahaja, toner juga sangat penting bagi menyeimbangkan pH kulit muka.

3. Serum

Haa dah sampai step 3. Kenapa Fitri bagitahu jangan skip rutin ini?

Sebab penggunaan serum sangat penting bagi merawat masalah-masalah kulit muka yang ada dekat muka korang.

Serum mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat dan diformulasikan untuk menangani masalah kulit seperti kedutan, dehidrasi, dan dark spot.

Skincare trio serum mamadil

Bagi yang sedang mencari serum yang sangat bagus, Fitri cadangkan untuk korang guna Trio Age Defying Booster Serum. Satu set mengandungi 3 serum yang diformulasi khas untuk mengembalikan keremajaan kulit dan menentang tanda-tanda penuaan pada kulit muka.

4. Pelembap (Moisturizer)

Step keempat adalah menggunakan pelembap atau moisturizer. Moisturizer sangat penting untuk memastikan kulit korang sentiasa lembap dan hidrasi sepanjang hari. Bukan itu sahaja, moisturizer juga dapat menghindari kulit muka korang dari kering.

5. Sunscreen

Last but not least, penggunaan sunscreen. Sunscreen berfungsi untuk melindungi kulit dari bahaya sinaran UV. Ini sangat penting bagi mencegah penuaan kulit, kerosakan sel-sel kulit, dan risiko kanser kulit. Jadi, pastikan korang apply sunscreen setiap kali sebelum keluar rumah.

That’s it. Senang je kan kalau nak jaga kulit muka korang supaya kekal sihat dan awet muda.

Semoga bermanfaat.

Concern? Share your thought

    Leave a Reply
    © 2024 Mamadil Slim & Beauty Sdn Bhd (1148333D). All Rights Reserved