Serum wajah merupakan salah satu penjagaan kulit dalam kalangan wanita. Ia kaya dengan bahan aktif dan direka khas untuk menangani pelbagai masalah kulit seperti kekeringan, menggelupas dan kulit kusam. Trio Age Defying Booster Serum dari Mamadil merupakan serum yang dapat membantu menangani masalah tersebut. Serum ini mempunyai 3 botol serum dalam satu kotak iaitu Intensive Hydration Booster Serum, Be Glow Brightening Serum dan Stem Cell Anti Aging Serum. Setiap daripadanya berlainan dan manfaat yang berbeza. Jom! saya kongsikan bahan ‘ajaib’ yang terdapat dalam serum ni.
Niacinamide yang juga dikenali sebagai Vitamin B3 adalah bahan aktif yang sangat popular dalam produk penjagaan kulit kerana manfaatnya yang pelbagai. Ia membantu melembapkan kulit dari dalam, meredakan kemarahan, mengurangkan hiperpigmentasi dan menjadikan kulit lebih cerah serta sekata. Bahan ini terdapat dalam serum Intensive Hydration Booster Serum.
Alpha arbutin adalah bahan aktif dalam penjagaan kulit yang terkenal kerana keberkesanannya dalam mencerahkan kulit dan mengurangkan hiperpigmentasi, seperti jeragat, parut jerawat, dan bintik hitam. Ia berfungsi dengan menghalang aktiviti enzim tirosinase, yang terlibat dalam penghasilan melanin. Bahan ini sangat sesuai untuk mereka yang sentiasa melakukan aktiviti luaran dan dibawah cahaya matahari. Bahan ini terdapat dalam Serum Be Glow Brightening.
Glutathione adalah antioksidan kuat yang sering digunakan dalam produk penjagaan kulit untuk mencerahkan tona kulit, mengurangkan bintik hitam, dan memberikan kulit yang berseri. Ia berfungsi dengan meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan penghasilan melanin, menjadikannya pilihan popular untuk mereka yang ingin mencapai kulit yang lebih cerah dan sekata. Bahan yang kaya dengan antioksidan dapat membantu memperbaiki tekstur kulit, menjadikan kulit lebih anjal meskipun berusia. Bahan ini juga terdapat dalam Serum Be Glow Brightening.
Apple Stem Cell adalah bahan aktif dalam penjagaan kulit yang semakin popular kerana kemampuannya untuk meremajakan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Ia diperoleh daripada ekstrak sel stem epal. Bahan ini dapat melindungi kulit muka akibat sinaran UV dengan meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh matahari. Bahan ini terdapat dalam Serum Stemcell Anti-Aging.
Centella Reversa adalah bahan aktif inovatif dalam penjagaan kulit yang dibangunkan oleh Vytrus Biotech daripada Centella Asiatica. Manfaat utama bahan ini ialah anti penuaan, meningkatkan keanjalan kulit dan dapat mengembalikan struktur asas kulit yang rosak akibat penuaan. Bahan ini berasaskan tumbuhan dan tidak menggunakan bahan daripada haiwan. Bahan ini juga terdapat dalam Serum Stemcell Anti-Aging.
Kesimpulannya, serum Trio Age Defying Booster Mamadil merupakan serum penjagaan kulit muka secara menyeluruh dengan memfokuskan kepada hidrasi, pencerahan, dan anti-penuaan. Bagi mereka yang mencari jalan penyelesaian untuk masalah kulit seperti kulit kering, kusam, atau tanda penuaan, satu set ini menjadi pilihan yang berbaloi untuk memilikinya. Sebarang pembelian atau pertanyaan tentang produk, boleh klik di sini.